Catatan

Tunjukkan catatan dari 2010
Imej
Setelah mengalami masalah gangguan kesihatan sejak tahun 1999 apabila mata saya didapati oleh doktor bocor. Menggunakan beberapa kaedah trapi saya akhirnya reda dari masalah tersebut dengan izin Allah. Namun apa yang membuatkan saya terganggu selepas menggunakan staroid untuk menghilangkan bengkak mata, badan saya mengalami perubahan. Saya dilihat oleh rakan-rakan sebagai orang yang gemuk. Mereka sering kali mengaitkan keadaan ini dengan pemakanan saya. Tidak dapat dinafikan saya memang mempunyai selera yang tinggi. Namun saya mengawal dengan memakan sayur, buah atau lain-lain serat dengan jumlah yang banyak. Biarpun begitu saya mengalami peningkatan berat badan dari 80kg ke 85kg. Jikalau turun hanya di bulan Ramadan dan puasa enam yang saya amalkan. Mungkin kerana kerjaya saya makan soal makan makanan yang "hebat" sukar dikawal kerana hampir setiap hari saya memperolehi makanan percuma di mana-mana majlis yang saya buat liputan. Saya banyak membaca buku-buku