Catatan

Tunjukkan catatan dari 2015

Ku merasai derita tanpa suara

Imej
Kenangan dan penghargaan saya buat anda daripada saya sekeluarga. 18 Jun 2015 Waktu orang sedang bersahur saya sudah bangun tapi bukan untuk bersahur. Saya membersihkan diri dan menukar pakain baru yang diberikan oleh hospital. Sekitar jam 9 pagi saya buat solat Duha, solat Taubat. Serta solat Hajat. Siapa yang tidak takut! Tubuh badan akan diserahkan kepada pakar untuk dibedah. Ditebuk. Saya menyerah nyawa dan takdir hanya pada Ilahi. 19 Jun Sdra Rosli dan Rahman, sahabat Jurufoto di HCTM datang melawat saya. Saya pernah menguji semangat dengan melakukan terjunan tempat tinggi di Kem Latihan Tentera Darat Sungai Buluh. Saya pernah melakukan tugasan merakam gambar gambar dari helikopter tanpa pintu ditutup. Saya pernah terjatuh ke dalam Sungai Taman Negara ketika bertugas. Saya pernah mengalami tekanan udara sebanyak dua kali dalam penerbangan dari Labuan ke Kuala Lumpur. Saya pernah mengikuti penerbangan Agensi Penguatkuasaan Maritem ketika hujan lebat di Subang. It

Ada waktunya kita tak sedar kita sebenarnya sedang sakit!

Imej
Saya seorang penulis blog. Saya juga seorang Jurufoto. Pengalaman kerjaya membawa saya membuat keputusan menulis pengalaman ketika dirawat setelah terkena penyakit batu karang. tidak ramai yang mahu pengalaman peribadi ini ditulis ketika sedang derita. Tapi percayalah dengan penulisan ini saya harus bertanggungjawab agar ada ramai yang akan berwaspada menempuh hidup ini. Berapa ramai yang mengidap sakit jantung, barah, leukimia sanggup menulis pengalaman mereka. Doktor, mereka agak sibuk merawat pesakit dan ada yang menulis pun kerana faktor desakan kenaikan pangkat. Percayalah saya menulis dengan luahan hati ingin mengajak orang berubah. Arwah mak saya pengidap Leukimia. Saya hanya mampu menulis dari pihak anak. Saya tidak mampu menulis sebagai pesakit. Isteri juga begitu. Malahan ia terlalu hak peribadi, saya tidak mahu menulis kerana tidak mahu kebebasan peribadinya di hebahkan. Saya pernah menulis pengalaman puteri kedua diserang demam denggi. Tahap kecelaruan paling tingg

14 Julai 2015

14 Julai 2015, mahu tak mahu saya kena ke wad DayCare PPUKM. Hadir untuk mengeluarkan exctane yang dimasukkan pada pembedahan 18 Jun 2015. Bersama isteri saya ke wad tersebut. Kebetulan terjumpa lelaki berbangsa cina yang sama sehari membuat pembedahan. Dapat berbual panjang dengannya. Pembedahan kecil ini untuk mengeluarkan satu alat yang telah dimasukkan pada hari pembedahan 18 Jun lepas. Saluran urin saya dimasukkan tiub untuk mengeluarkan alat itu. Dalkam tempuh lima minit pembedahan kecil ini selesai. Allah Huakbar sakitnya boleh tahan juga.

Batu Karang

Imej
Artikel ini dipetik dari http://www.myhealth.gov.my/index.php/dewasa/penyakit/urologi-saluran-kencing Pengenalan Air kencing terbentuk di dalam buah pingggang mengalir melalui struktur tiub yang dipanggil ureter ke pundi kencing sebelum dikeluarkan. Batu karang atau kalkuli boleh ditemui di mana saja pada buah pinggang, ureter atau pundi kencing. Di Malaysia batu karang biasa ditemui di bahagian atas saluran kencing ( buah pinggang dan ureter). Kekerapan batu karang ini adalah 10%-20% di Asia berbanding dengan 15%-18% di negara barat. Batu karang terbentuk apabila terdapat kepekatan yang tinggi bahan-bahan tertentu di dalam air kencing yang menyebabkan terbentuknya kristal. Biasanya air kencing mempunyai bahan yang dipanggil 'penghalang' yang menghalang pembentukan batu karang, tetapi ada setengah kes ia tidak berfungsi. Kepekatan air kencing yang tinggi ini biasa terjadi pada mereka y

17 Jun 2015

Imej
Hari yang telah ditentukan Nombor katil saya yang akan menjadi kenangan kami sekeluarga Wad 5D Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM)

9 Jun 2015

Imej
Ketika menunggu nombor giliran naik, aku ambil keputusan pergi ke Jabatan Radiologi. Sebelum sampai aku bertemu seorang pegawai yang mengenali aku ketika dia bertugas di UKM Bangi. Aku beritahu tentang kerosakan alat CT Scan. Dia sedia maklum. Katanya ada di tempat lain tapi kena buat surat lain. Setelah berada di kaunter doktor memberitahu bahawa CT Scan boleh dibuat di makmal kecemasan. Akhirnya aku discan dan mempamerkan kedudukan batu karang. Gambar hiasan: CT Scan

9 Jun 2015

Perjalanan merawat diriku diteruskan. Ketika menimbang berat badan tadi, telah turun menjadi 82 kg. Patutlah ada org kata badanku nampak kurus. Klinik begitu ramai wargamas menunggu giliran. Oh rupanya resiko gangguan buah pinggang amat tinggi.

8 Jun 2015

Hari ini jam 8.30 pagi saya sudah berada di Jabatan Radiologi untuk membuat CT Scan. Nasib kurang baik. Mesin rosak. Puas doktor kat situ menerangkan masalahnya. Saya faham. Namun kata saya saya harus buat scan sebelum 17 Jun. Beliau faham.

19 Mei 2015

Hari ini sebenarnya hampir sebulan lagi aku harus menjalani pembedahan. Semalam seorang Profesor mencadangkan meminum air alkali. Beliau sedekahkan aku air itu yang dibelinya dengan harga RM10. Debaran tetap terasa menanti tarikh 18 Jun......

5 Mei 2015

Hari ini saya membawa Urin ke makmal di HUKM. Urin ini saya ambil sejak 24 jam dari pukul 6.50 pagi semalam hingga 6.50 pagi tadi. Rupa-rupanya cukup berharga urin saya ini. Andai ada kesilapan pasti saya kena ulang semula menyimpan untuk 24 jam lagi. #saya masih menunggu 18 Jun 2015 untuk tarikh pembedahan.

27 April 2015

Aku tiba di  perkarangan HUKM jam 8.30 pagi. Masuk klinik sugery untuk mendaftar sebagai pesakit buat kali pertama. Pesakit begitu ramai.Hampir lebih setengah jam aku dapat nombor giliran 1052. Setelah menunggu jam 11 lebih nombor giliran akan dipanggil. Masuk saja seorang doktor berbangsa Cina memberitahu pembedahan perlu disegerakan dalam tenpuh dua bulan ini. Katanya batu karang begitu besar. Beliau memberikan tarikh masuk wad ialah 17 Jun dan pembedahan pada 18 Jun. Aku mengawal emosi dan mendengar arahan doctor pakar. Kata doktor, batu karang aku sebesar 7cm. Ya Allah besarnya. Aku bertanya sekali lagi dia kata 7cm. Doktor memberi borang untuk melakukan scan dan aku ke klinik Radiologi untuk mendapatkan tarikh. Di sana staff klinik itu memberikan 8 Jun ia itu satu tarikh sebelum tarikh pembedahan. Itulah ketentuan Allah. Untuk pengesahan aku bertanya doktor berapa lama pembedahan itu dilakukan. Beliau memberitahu akan dilakukan selama tiga jam dalam keadaan aku tidur.

Mencuba ubat baru

Hari ini saya bertemu seorang rakan yang menjadi doktor dan pembantu perubatan di HUKM. Mereka bertugas di bahagian kecemasan di HUKM. Doktor Hashim mencadangkan saya mengambil ubat yang bernama Ural agar meredakan masalah batu karang. Mulai hari ini saya telah meminum Ural dengan hasrat masalah batu karang saya reda.

29 Mac 2015

Hari ini saya meneruskan merawat diri di HUKM. Saya pergi mengambil sempel darah bersama puteri bongsu, Nur Aqilah. Walaupun prosesnya sekejap sahaja tapi saya mengambil cuti dan melepaskan tekanan bersama Aqilah yang juga cuti semester di kolejnya.

Ini dia....

Doktor panel UKM meminta saya membuat pemeriksaan lanjut di hospital pakar setelah memberitahu keputusan ujian darah saya. Kata doktor, buah pinggang saya bermasaalah. Saya telah membuat tempahan masa di Hospital UKM (HUKM). 9 Mac 2015 saya telah ke HUKM untuk membuat ujian darah dan urin. Pada 16 Mac saya membuat pemeriksaan altrasound. Doktor memberitahu buah pinggang saya mempunyai batu karang sebesar 6mm. 17 Mac 2015 saya berjumpa doctor buat kali pertama untuk pemeriksaan lanjut. Oleh kerana buah pinggang saya terdapat batu karang maka beliau meminta membuat tempahan tarikh di klinik surgery. Kata kakitangan di klinik tersebut tempuh tiga minggu baru akan diberitahu bila tarikh yang sepatutnya saya perlu jumpa doctor.