Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2016

Wad 5D: Dari katil 17 ke katil 22 di Hospital Canselor Tuanku Muhkriz

Imej
13 Jul- Jam 10 pagi saya dibawa masuk ke bilik pembedahan. Kali ini saya tenang keranalah kali kedua mengalami suasana begini. Di dalam bilik bedah saya menguasai keadaan sambil mata dapat melihat suasananya. Walaupun pernah melohat bilik bedah sebelum ini namun kali ini saya dibawa masuk kerana hendak dibedah. Melihat kenderaan ini  masuk ke wad itu menandakan saat saya akan dibawa ke bilik bedah Hari ini saya menyambut hari raya kelapan dalam bilik bedah dengan baju bedah. Oleh kerana saya baru habis puasa enam semalam, hari ini saya menyambut raya puasa enam dalam bilik bedah Kali ini ini ketika saya dibedah hanya isteri dan tiga orang puteri diluar bilik bedah. Jika tahun lepas kakak dan abang ipar serta anak saudara menunggu dengan debaran. Jam 1 petang saya  selamat menjalani pembedahan sekitar tiga jam. Perancangan doktor pakar untuk membuat dengan menebuk belakang agar dapat mengeluarkan batu karang yang masih berbaki. Doktor pakar pada awalnya akan membuat pemb

Siapa bersama kita ketika menderita sakit?

Imej
12 Julai: Doktor pakar memberitahu saya bahawa proses pembedahan saya menggunakan kaedah menebuk pada buang pinggang dan memasukkan tiub menerusi saluran urin. Saya termenung mengenangkan prosesnya telah berubah. Namun apa yang boleh saya elak, kerana borang akur untuk dibedah telah ditandatangan! Sumber gambar Oleh kerana tiga bulan lepas saya agak tenang kerana memikirkan proses pembedahannya sama dengan tahun lepas tetapi selepas mendapat pandangan doktor saya mula diserang cemas. Maklumlah kata doktor kesannya 1-3% menyebabkan komplikasi luka dan terjadi putus maka saya jadi tidak tenteram.  Menjelang 13 Julai 2016 saya membawa diri untuk bertenang. Ketenangan dicari dengan mendekati Allah. Siapa lagi yang wajib kita cari ketika ini kecuali yang Maha Esa. Doktor hanya menjalankan tanggungjawab untuk merawat. Natijah pada kesembuhan hanyalah Allah. Sebagai orang Islam ini wajib menjadi pegangan kita! 13 Julai seawal jam 4 pagi saya telah bangun menunaikan solat Taha
Imej
Hari ini 6 Syawal. Saya mendaftar untuk ke wad 5D Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HTCTM). Kemudian saya masuk wad 5D bersama isteri dan puteri sulung Nur Atiqah. Selepas diambil berat badan dan darah saya diminta mengambil katil 17. Inilah kali kedua saya menjadi penghuni wad 5D. Masyaallah katil 17 bersamaa tarikh lahir 17 April 1958. Kali pertama saya tinggal di sini pada 17 Jun 2015,  30 Syaaban 1436. Semuanya ada angka 17. Jururawat membuat semakan tahap kesihatan saya. Kemudian saya dibuat ujian jantung (ECG). Kata Jururawat jantung saya baik. Selang tak lama, sahabat saya Sharif seorang Ketua Pengawal Keselamatan di PPUKM datang menziarahi saya. Ketika waktu lawatan En Saipul, Pengurus di pejabat saya datang melawat bersama isterinya. Tak lama lepas itu tangan dicucuk jarum oleh doktor. Ia bertujuan untuk memudahkan mengambil darah dan memasukkan tiub air. Wad lengang. Kata seorang staff di situ ramai pesakit menangguhkan masuk wad kerana masih hari raya.