Siapa bersama kita ketika menderita sakit?

12 Julai: Doktor pakar memberitahu saya bahawa proses pembedahan saya menggunakan kaedah menebuk pada buang pinggang dan memasukkan tiub menerusi saluran urin. Saya termenung mengenangkan prosesnya telah berubah. Namun apa yang boleh saya elak, kerana borang akur untuk dibedah telah ditandatangan!

Sumber gambar
Oleh kerana tiga bulan lepas saya agak tenang kerana memikirkan proses pembedahannya sama dengan tahun lepas tetapi selepas mendapat pandangan doktor saya mula diserang cemas. Maklumlah kata doktor kesannya 1-3% menyebabkan komplikasi luka dan terjadi putus maka saya jadi tidak tenteram. 

Menjelang 13 Julai 2016 saya membawa diri untuk bertenang. Ketenangan dicari dengan mendekati Allah. Siapa lagi yang wajib kita cari ketika ini kecuali yang Maha Esa. Doktor hanya menjalankan tanggungjawab untuk merawat. Natijah pada kesembuhan hanyalah Allah. Sebagai orang Islam ini wajib menjadi pegangan kita!

13 Julai seawal jam 4 pagi saya telah bangun menunaikan solat Tahajut, Taubat, Hajat dan Witir. Inilah kekuatan kita jika ingin mencari penyembuhan yang hakiki. Kepada kita yang mengharapkan penyembuhan dalam mengukuhkan iman maka mengadaplah Allah.

Kepada anda yang pernah mengalami peristiwa seperti ini akan tahu perasaan saya. Saya harus menenangkan fikiran kerana pembedahan tahun lepas mengambil masa enam jam. Kata doktor pembedahan kali ini selama 3 jam sahaja. Menyerahkan jasad kepada kumpulan pakar perubatan dan menyerahkan roh kepada Allah adalah satu kejadian yang mendebarkan.

Di luar wad 5D isteri dan tiga orang puteri menunggu dengan debaran. Mereka sampai seawal jam 8 pagi. 

Dr Tan datang ke katil saya. Beliau kelihatan sudah bersedia kerana Dr Tan telah memakai pakaian seragam doktor. 

"Saya sudah berbincang dengan doktor lain selepas tengok CT Scan. Kami akan menggunakan kaedah memasukkan tiub ke saluran urin menerusi pundi kencing untuk membuang batu karang di saluran buah pinggang. " kata Dr Tan.

Proses pembedahan bermula ketika saya dibawa ke bilik bedah jam 10 pagi. Jam 1 petang saya dibawa balik ke katil 17 dan kesakitan terasa ketika itu. Petang ketika doktor membuat lawatan saya diberitahu tiub tidak dapat masuk ke buah pingggang.

Petang itu doktor mengarahkan nurse mengeluarkan tiub pada saluran kencing. Kepedihan terasa sangat. Namun terpaksa dilalui.

Ketika saya dibenarkan pulang pada 14 Jul kesihatan ditahap memuaskan. Sebaliknya pada 15 hingga 17 Julai saya mengalami demam berulangkali. Jika saya makan ubat demam kembali pulih namun selepasa lima jam saya kembali demam. Pada petang Ahad 17 Julai saya dibawa ke Jabatan Kecemasan HCTM~PPUKM. Setelah beberapa pemeriksaan rapi saya dihantar masuk ke Wad 5D pada jam 10 malam.

http://truthhalal.my/hukum-pembedahan-batin-dalam-islam/

http://muis.org.my/2010/03/pembedahan-batin/

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pembedahan kecil

Wad 5D: Dari katil 17 ke katil 22 di Hospital Canselor Tuanku Muhkriz

Ku merasai derita tanpa suara