Syukur Alhamdulillah kerana hari ini saya telah selamat menjalani pembedahan kecil mengeluarkan stand sepanjang 39cm atau 15.2 inci dari dalam saluran kencing ke saluran Buah Pinggang.
Prosesnya mudah dan mengambil masa yang pendek. Walaupun pernah dibuat pada Julai 2015 tetapi traumanya tetap ada. Mana tidaknya tiub dimasukkan menerusi saluran kencing yang sempit.
Prof Dr Praven mengambil tanggungjawab ini dengan dibantu oleh seorang nurse.
Stand yang bahannya dibuat dari getah yang bermutu itu dimasukkan sewaktu pembedahan pada 26 Januari 2017 lepas bertujuan membesarkan saluran kencing dan saluran Buah Pinggang agar sisa-sisa batu karang keluar ketika membuang aur kencing.
Syukur proses ini telah berjaya dan trauma saya telah reda.
Semua orang mahu hidup lama di bumi Allah. Tapi kalau Allah memberi ujian dengan penyakit itu tandanya Dia telah memberikan amaran bahawa usia kita belum tentu panjang.
Takdir Allah siapa yang tahu. Sekiranya kita diduga dengan penyakit maka memanjatkan doa adalah satu cara terbaik. Mana tidaknya Allah yang menjadikan kita maka Dia juga yang akan mengambil semula.
Bersediakah kita?
Selasa, 14 Februari 2017
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Usah Lemah Semangat Ketika Sakit
Saya lebih dikenali sebagai Jurufoto Makan Gaji Kerajaan. Cukup bulan dapat gaji. Boleh baca kisah kerjaya saya di blog kisahraai.blogspot....

-
Syukur Alhamdulillah kerana hari ini saya telah selamat menjalani pembedahan kecil mengeluarkan stand sepanjang 39cm atau 15.2 inci dari dal...
-
13 Jul- Jam 10 pagi saya dibawa masuk ke bilik pembedahan. Kali ini saya tenang keranalah kali kedua mengalami suasana begini. Di dalam bi...
-
Sebelum pembedahan pada 18 Jun 2015 Selepas pembedahan pada 18 Jun 2015 Selepas pembedahan pada 13 Julai 2016 Ct Scan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan