Catatan

Usah Lemah Semangat Ketika Sakit

Imej
Saya lebih dikenali sebagai Jurufoto Makan Gaji Kerajaan. Cukup bulan dapat gaji. Boleh baca kisah kerjaya saya di blog  kisahraai.blogspot.com Pada tahun 2000 mata saya menghadapi masalah. Mata sebelah kiri, saya istilahkan sebagai 'buta' sebab tidak mampu melihat kabur dan gelap. Sehingga kini saya melihat dunia yang indah hanya dengan mata kanan. Pada 16 April 2018 hari akhir saya bertugas dan membuat kunjungan hormat ke pejabat Naib Canselor UKM (NC ketika itu), YBhg. Prof. Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Azlan Ghazali. Beliau terkejut apabila saya memberitahu masalah mata saya. Apa tidak terkejut sebab sepanjang bertugas membuat liputan gambar ke mana saja beliau pergi, saya melakukan kerja seperti tiada masalah. Sepanjang saya bertugas di UKM banyak kejayaan saya capai. Paling membawa kenangan tahin 2017 saya diberi Anugerah Bitara Kecemerlangan dan pada tahun 2018 saya disemat Pingat Jaksa Kebaktian (P.J.K) oleh Yang DiPeryuan Besar Negeri Sembilan. Semua kejayaan saya r

Allah masih menguji saya.......

Kali terakhir saya ke Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM/PPUKM-atau HUKM) ialah pada 7 November untuk bertemu doktor pakar bagi rawatan susulan selepas pembedahan terakhir pada Januari 2017. Terus terang saya ingin katakan kepada pengikut blog ini tahap Buah Pinggang saya berada pada peringkat empat (4). Keputusan ini telah saya perolehi sudah lama bukan pada 7 November. Sebelum ini seorang  doktor berbangsa India juga membuat kiraan saya telah berada pada tahap empat. Inilah kenyataan yang wajib saya terima. Inilah kenyataan yang harus saya beritahu kepada keluarga. Akhirnya hari ini saya ingin memberitahu kepada pembaca yang sering mengikuti blog ini. Saya keciwa? Oh tidak.....saya tidak keciwa dan lemah semangat. Saya masih boleh bangun dan meneruskan kerjaya sebagai Jurufoto di UKM hingga April 2018! Kenapa saya harus keciwa, bukankah penyakit itu pemberian |Allah kepada saya. Allah tidak menghukum saya. Tetapi saya yakin Allah sayangkan saya dan hambanya. Saya bersyukur de

Ujian di bulan Ramadhan 1438

Pada 25 Mei 2017 ketika bertugas di majlis Hari Keselamatan Usus dan Hati anjuran Fakulti Perubatan UKM, saya telah membuat ujian tahap kesihatan hati. Selepas itu doktor memberitahu keputusan bahawa tahap kesihatan hati saya telah menurun. Doktor memberi surat lampiran untuk membuat rawatan lanjut di Hospital Canselor Tuanku Jaafar. 6 Jun 2017 baru saya ada kesempatan membawa surat itu ke Klinik Peruabatan 1 untuk membuat temujanji. Jururawat memberitahu tunggu sehingga doktor pakar memberikan tarikh untuk pertemuan pertama.

Pembedahan kecil

Imej
Syukur Alhamdulillah kerana hari ini saya telah selamat menjalani pembedahan kecil mengeluarkan stand sepanjang 39cm atau 15.2 inci dari dalam saluran kencing ke saluran Buah Pinggang. Prosesnya mudah dan mengambil masa yang pendek. Walaupun pernah dibuat pada Julai 2015 tetapi traumanya tetap ada. Mana tidaknya tiub dimasukkan menerusi saluran kencing yang sempit. Prof Dr Praven mengambil tanggungjawab ini dengan dibantu oleh seorang nurse. Stand yang bahannya dibuat dari getah yang bermutu itu dimasukkan sewaktu pembedahan pada 26 Januari 2017 lepas bertujuan membesarkan saluran kencing dan saluran Buah Pinggang agar sisa-sisa batu karang keluar ketika membuang aur kencing. Syukur proses ini telah berjaya dan trauma saya telah reda.

Teruskan kehidupan lupakan kesakitan dan jagalah kesihatan

Imej
Hari ini saya memulakan tugas seperti biasa setelah bercuti sakit sejak 19 Januari hingga 4 Februari 2017. Syukur Allah memberikan kembali tahap kesihatan yang baik walaupun masih lemah. Saya kena buang kemurungan yang tidak akan membawa faedah. Diri saya memerlukan saya. Keluarga, rakan-rakan dan masyarakat memerlukan saya. Saya akan menamatkan catatan ini untuk setakat ini. Segala catatan akan menjadi memori dan panduan pada masa hadapan. Selain itu lihat juga beberapa catatan di bawah untuk panduan kita. Bersyukur jika tuan sentiasa sihat Saat untuk dibedah Jadilah pesakit yang beriman Jangan anggap tulisan saya untuk meraih simpati. Jadikan panduan bahawa semua diantara kita pasti akan menempuh kesakitan. Paling penting berubat tanpa melupakan Allah. Salam sayang daripada saya.

Kematian

  Malam itu saya tidur nyenyak. Keadaan dalam wad sepi.... Sekitar jam 1 pagi saya bangun untuk ke tandas. Seperti biasa sejak pembedahan tahun lepas keadaan perlepasan urin saya akan menjadi laju atau perlu cepat setiap satu hingga dua jam. Selang satu katil dengan saya terdapat seorang pesakit India berusia lebih 70 tahun. Pagi itu kelihatan nurse sedang menguruskan pesakit itu. Terdengar seorang nurse berkata, nanti bila siap kami panggil. Nurse itu ditujukan kepada anak-anaknya. Saya membiarkan keadaan itu kerana kerja petugas wad tidak perlu diganggu. Jam lima pagi, ketika nurse datang membuat pemeriksaan keadaan saya dia memberitahu pesakit tersebut telah meninggal dunia. Begitulah hidup ini, yang sihat akan sakit, yang sakit akan mati. Terimalah ketentuan ini. Ulasa

Di sini mungkin berakhir

Imej
24 Januari 2017: Saya melangkah masuk ke wad 5D buat kali ketujuh. Resah hati saya buang di koridor wad. Kemesraan petugas wad 5D jelas seperti anak-anak menyambut kepulangan ayah! Saya bergurau dengan petugas di kaunter jangan tempatkan saya di katil nombor ×€. Dia orang ketawa kerana faham maksud saya kerana malam Jumaat lepas ada seorang lelaki india telah meninggal pada jam 1 pagi. Proses biasa dilakukan oleh petugas wad. Saya ditempatkan di katil 18 sebelah tingkap. Menarik pemandangan menghala ke Taman Midah. Doktor memberitahu kuman masih ada namun mereka menunggu pakar kuman untuk redakan keadaan ini. 25 Januari: Jam 8.40 pagi kumpulan doktor pakar yang diketuai oleh Prof Preveen melawat ke katil saya. Saya diberitahu pagi esok akan dimasukkan Antibiotik sebelum pembedahan dilakukan. 26 Januari 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Syukur Allah memberi masa untuk bermunajat hingga jam 3....Jam 2 says sudah mulai berpuasa. Jam 4.30 nurse mem