Ku merasai derita tanpa suara

Kenangan dan penghargaan saya buat anda daripada saya sekeluarga.

18 Jun 2015
Waktu orang sedang bersahur saya sudah bangun tapi bukan untuk bersahur. Saya membersihkan diri dan menukar pakain baru yang diberikan oleh hospital. Sekitar jam 9 pagi saya buat solat Duha, solat Taubat. Serta solat Hajat. Siapa yang tidak takut! Tubuh badan akan diserahkan kepada pakar untuk dibedah. Ditebuk. Saya menyerah nyawa dan takdir hanya pada Ilahi.



19 Jun Sdra Rosli dan Rahman, sahabat Jurufoto di HCTM
datang melawat saya.
Saya pernah menguji semangat dengan melakukan terjunan tempat tinggi di Kem Latihan Tentera Darat Sungai Buluh. Saya pernah melakukan tugasan merakam gambar gambar dari helikopter tanpa pintu ditutup. Saya pernah terjatuh ke dalam Sungai Taman Negara ketika bertugas. Saya pernah mengalami tekanan udara sebanyak dua kali dalam penerbangan dari Labuan ke Kuala Lumpur. Saya pernah mengikuti penerbangan Agensi Penguatkuasaan Maritem ketika hujan lebat di Subang. Itu ujian lain yang mampu dan saya alami, semua dengan kehendak Allah! Ini satu proses pembedahan yang pasti akan menyakitkan...


Ketika saya dibawa ke dewan besah-Foto Nur Atiqah Raai
12.30 tengahari, saya mula bersedia dengan baju pembedahan. Siapa yang tidak gusar dengan pembedahan. Inilah kali pertama. Kalau ada pun ialah ketika cabut dan bersihkan gigi. Paling tidak ialah ketika merawat mata pada Februari 2012 dengan rawatan mencucuk mata dengan ubat.

Saya diberi ubat penenang. Kemudian saya naik atas katil dan disurung ke dewan bedah Pusat Perubatan Canselor Tuanku  Mukhriz (PCTM). Keluarga, Isteri tiga puteri, kakak dan abang ipar, anak saudara dan Isteri serta anak-anak ada di luar wad 5D terlihat juga bakal menantu. Ya Allah cukup dramatik. Saya melepasi lift tingkat 5 dan masuk ke dewan bedah di tingkat 2. Sejuknya luar biasa.

Sehari selepas saya dibedah
Saya dipindahkan ke katil khas. Saya diminta pandang lampu yang terletak di atas muka. Saya ikut saja sambil mengawal perasaan agar tekanan darah tidak tingggi.

Doktor dan krew membetulkan badan saya. Suasana dalam bilik bedah memang menyeramkan. Mungkin ubat penenang dan zikir kepada Allah segala-gala saya jadi tenang.

Pasukan doktor pakar meneruskan tugasan mereka dan saya masih pasrah. Kuasa Allah siapa yang tahu. Ilmu Allah cukup hebat. Hanya sedikit diberikan kepada manusia namun saya mampu ditidurkan tanpa menyedari apa yang diperlakukan.


Menurut puteri sulong saya, ketika pembedahan berlangsung hujan amat lebat di luar hospital. Puteri saya amat risau mana tahu berlaku bekalan letrik terputus. Tapi katanya pihak hospital pasti telah bersedia dengan sebarang kemungkinan.


Setelah empat jam saya dibedah, abang ipar saya masuk ke ruang kaunter untuk bertanya khabar. Petugas membuat panggilan intercom ke pihak petugas bilik bedah. Mereka memaklumkan tak lama lagi pembedahan akan selesai...


Maha kaya Allah, saya sedar dan berada di luar bilik bedah dan ditempatkan dalam bilik pemantauan dimana keadaan saya masih mamai. Kehendak Allah saya mendengar suara seorang perempuan mengerang kesakitan bersebelahan saya. Saya pasti ia pun baru lepas dibedah. Kemudian isteri memberitahu wanita itu dibedah di bahagian kepala. Masyaallah lebih hebat dari saya.

Saya dibawa keluar. Saya sedar keluarga menanti di luar. Wajah mereka saya nampak. Saya mendengar suara isteri berkata "besarnya..." besar yang dimaksudkan ialah batu karang yang dikeluarkan. Saya antara tidur dengan tidak. Kemudian dibawa ke sebuah bilik yang saya pasti bukan Wad 5D. Malamnya baru saya tahu ia adalah Wad 5J yang dikelaskan sebagai wad spara kritikal.


Saya hilang selera selepas dibedah. Makanan dikawal.

Isteri saya datang bersama kakak. Kemudian masuk puteri sulong Nur Atikah dengan menantu kakak. Masuk pula abang ipar dan anaknya Sukri. Masuk pula puteri tengah Nur Amirah dengan cucu saudara Amera. Masuk pula puteri bongsu Nur Aqilah. Ketika Nur Atiqah masuk dia sempat berpesan "ayah jangan lupa ayat LAILA HAILA ANTA SUBHANAKAINI KUNTOM MINAZZOLIMIN". Saya anggukkan kepala. Ayat itulah saya saya baca sepanjang proses saya menanti dibedah. Paling menggembira keluarga,mungkin apabila saya tersenyum ketika kakak masuk melawat dia kata "Paksu senyum Dik". Katanya kepada isteri saya.

Inilah saat-saat yang dramatik, sentimental yang terjadi antara kami. Saya tak ramai adik beradik, tapi Allah memberikan seorang kakak yang mengasihi saya.Sebenarnya dia mengasuh saya sejak bayi  sebab sayalah adik tunggalnya berlainan ayah. Namun sayang saya tetap sama tiada beza. Kami datang dari satu rahim ibu kami Putih bte Mat.

Isteri dan anak-anak ada syurga saya. Saya tahu sepanjang pembedahan enam jam jiwa mereka kosong dan menyerahkan kepada kuasa Ilahi. Namun, saya sudah mengajar mereka agar menerima segala ujian kerana Allah pasti memberi ujian baik kecil atau besar jika ia mengasihi kita.


Allah saja yang tahu perasaan isteri saya. Kami menempuh susah senang
bersama.
Malah saya pernah mendengar Allah berfirman kepada malaikat "biarkan hamba itu merintih dalam doanya," (mohon pencerahan daripada mana-mana ustaz hal ini).

Selepas itu saya tidur dan tersedar sesekali. Telinga mendengar Nurse menguruskan saya. Disamping itu saya mendegar detikan alat sokongan disebelah yang mengukur tekanan darah dan nadi. Saya tidak diberi makan sehingga keesokkan hari (19 Jun). Saya sedar telah dipuasakan sejak 12 tengah malam 18 Jun.



Terasa loya dan nak muntah. Ini kesan ubat bius yang berikan. Saya mendengar siaran TV. Saya kembali sedar tengahmalam 19 Jun. Saya berkata kepada Nurse...."rupanya baru tengahmalam ingatkan dah pagi". Kata nurse ya.


Saya lakukan solat tanpa wuduk. Maaf mohon pencerahan jika anda ada nas. Tapi saya percaya hasil bacaan kitab oleh ustaz ialah dibolehkan jika darurat. Saya tidak boleh bangun. Namun saya masih sedar solat Maqhrib dan Isyak belum ditunaikan. Saya tunaikan solat dengan isyarat sahaja. Semoga Allah menerima solat itu.

Kesan luka yang dibedah tidak terasa sangat, tapi kesan kemasukkan tiub ke saluran kencing amat azab. Begnya tergantung bersama tiub. Allah saja yang tahu seksanya.


Saya tidur hingga Subuh. Nurse menukarkan pakaian dan cadar. Sekali lagi kena bergerak. Oh azabnya.

__________________________________________________________

19 Jun 2015: Jumaat.

Nurse menyalin pakaian baru. Nurse menukar cadar baru. Ya, masalah kebersihan diamalkan dengan baik syabas HCTM. Mereka dudukkan saya di atas kerusi khas yang selesa. Tapi segala tiub yang ada di badan menyukarkan pergerakkan saya. Makanan belum diberikan. Saya mengesahkan arah qiblat. Saya lakukan solat Subuh dengan isyarat.
Terima kasih Prof Dr Imran Ho Abdullah yang meluangkan masa melawat
saya. Kebetulan puterinya doktor di sini.

Sekitar jam 9 pagi saya dibawa ke Jabatan Radiologi untuk di Xray. Diusung dengan katil. Sering kali melihat situasi ini, dan kini saya merasainya. Selesai membuat Xray, saya dibawa kembali ke Wad 5D. Ditempatkan pada katil terdahulu.

Memang saya tidak ditemani oleh sesiapa kerana Ramadan baru tiba. Anak isteri perlu selesa untuk bersahur. Ini pengorbanan saya yang tidak dapat menyambut Ramadan. Namun malam pertama sebelum saya dibedah, saya sempat melakukan solat Terawih sendirian lapan rakaat sahaja

Terbaring saya di katil. Kesan ubat tahan sakit dan bius menyebabkan saya terus tidur tanpa dipaksa. Saya tidak fikir apa-apa lagi. Malahan dalam ilmu terapi minda "Kuasa Separa Sedar" tidur adalah perubatan yang digalakkan untuk kesihatan.

Kenapa saya dibedah? Dalam bulan Disember 2014 saya membuat rutin periksa darah di Poliklinik UKM. Doktor mengesahkan buah pinggang saya ada masalah.Saya membuat rawatan pakar di HCTM. Doktor pakar melakukan Ultra Sound dan mendapati terdapat batu karang sebesar 7cm!. Kemudian saya diminta berhubung dengan Jabatan Surgery. Doktor pakar menetapkan tarikh 17 Jun masuk wad dan pembedahan dilakukan pada 18 Jun 2015.

Batu Karang yang dikeluarkan dari Buah Pinggang sebelah kiri saya.
 Bagaimana batu karang terbentuk? Ini yang kira perlu tahu untuk mengelak dari terjadi. Banyak metos yang diceritakan oleh orang kita. Walhal ianya ada ketikanya tidak benar. Oleh kerana ada yang takut untuk berubat cara moden dibiarkan berubat cara tradisional. Sedangkan ianya dilakukan oleh orang yang bukan pakar perubatan. Ada yang mengunakan bedah batin, sedangkan batu itu hanya keluar satu sahaja. Mungkin masih banyak di dalam buah pinggang, hempedu dan pundi kencing.

Sila rujuk artikel ini untuk mengenali batu karang secara lebih jelas.Sila klik untuk keartikel rujukan saya.


 ___________________________________________________________

20 Jun 2015: Sabtu

Selepas nurse menukar cadar dan pakaian saya pula ditukar. Sepasukan doktor Wad 5D membuat rondaan dari katil ke katil pesakit. Mereka lakukan selepas nurse memeriksa tahap kesihatan kami. Darah dan tahap gula saya bagus. Demam tiada. Sebab semalam saya mengalami demam.

Doktor membuat keputusan bahawa tiub saluran kencing akan dicabut. "Masyaallah kataku sendiri..." mukaku berubah dan disedari nurse yang mengiringi pasukan doktor.

Sekitar jam 9 pagi nurse berkata tiub akan dicabut. Beliau menutup katilku dengan langsir. Dalam keadaan duduk dan kain menutupi kemaluanku nurse mencabut dengan cekap sekali. Namun kesannya amat memedihkan. Saya dalam keadaan tidak selesa. Siapa yang pernah alami pasti tahu keadaan ini. Namun gangguan kerana saluran kencing telah menyelesakan saya. Nurse nasihatkan saya minum air banyak, dan kencing cara biasa. Sedangkan tiub yang menyambung ke Buah Pinggang masih ada.

Hari ini saya bergerak ke bilik air untuk membuang air kecil secara normal. Darah masih ada dan memedihkan.


Hari itu saya bersama keluarga agak lama kerana waktu melawat bermula dari jam 12.30 tengahari hingga 7.30 malam.

Hari terakhir saya bersama Jururawat lelaki ini. Kebetulan beliau
adalah anak sahabat karib saya. Terima kasih kepada petugas Wad 5D HCTM.


 
________________________________________________________

 21 Jun 2015: Ahad hari kelima di wad 5D

Rutin biasa petugas di wad 5D berjalan seperti biasa. Jika petugas hendak habis shif mereka akan memeriksa pesakit termasuk saya. Lepas itu doktor akan datang dari satu katil ke satu katil. Tak payah kita beritahu, hasil rekod yang ada mereka telah tahu tahap kesihatan kita.

Kalau demam mereka akan nasihatkan saya makan ubat dan banyak minum air. Ini bagusnya jika berada di katil hospital.

lawatan pasukan doktor pagi Ahad memberitahu, tiub yang mengeluarkan air kumbahan dari buah pinggang akan di offkan. Jika tiada masalah Isnin tiub itu akan dicabut...Ohhhh pedih lagi.

Kesan ubat penahan sakit, ubat bius sekali terasa mual. Tapi muntahnya tiada. Melayan mengantuk adalah paling menyeronokkakn. Pantang letak kepala pasti nyenyak.

Waktu melawat hari Ahad seperti Sabtu dari jam 12.30 tengahari hingga 7.30. Masih dapat bersama dengan keluarga agak lama. Lebih kurang sama waktu saya dalam dewan bedah.


#Hospital UKM (dulu HUKM) kemudian dikenali Pusat Perubatan UKM (PPUKM). Kini nama rasminya ialah Pusat Peubatan Canselor Tuanku Mukhriz (PPCTM). Mengambil sempena nama Canselor UKM ketiga yang juga Yang Dipertuan Besar Negeri  sembilan.

______________________________________________________

22 Jun 2105: Isnin.

Suara doktor ni memang memang merdu. Ada mirip-mirip pelakon Amirul Hashim. Malahan kalau belaiu dan pasukan doktor muda melawat pesakit, saya merasakan bagiakan dalam bab drama melayu. Tapi pagi ini dia tiada.

Bukan saya rindu, tapi saya lega sebab suaranya akan membuatkan saya risau. Beliau yang membuat keputusan setiap kali melawat pesakit.Semasa membuat keputusan mencabut saluran dalam saluran kencing saya, doktor ini juga. Apa boleh buat, itu tanggungjawabnya.

Terima kasih Naib Canselor UKM Prof Datuk Dr Noor
Azlan Ghazali yang sudi singgah biarpun beliau
mempunyai jadual tugas yang padat.
 Pusingan pertama beliau tiada. Namun kata seorang doktor wanita berbangsa cina berkata nanti mereka akan merujuk dengan pakar untuk membuat keputusan mencabut atau tidak tiub kat belakang saya. Adoi!  terasa ngilu datang lagi........Nak panggil mak, mak dah meninggal. Nak panggil siapa? Zikir pada Allah sajalah.

Ketika melawat tiba doktor masih belum mencabut. Tetapi tetba masuk seorang VIP dengan lengkap pakaian suite. Mak aiii YBhg Profesor Datuk Dr Noor Azlan Ghazali, Naib Canselor UKM bersama pegawai khasnya En Aizam Abu Bakar. Oleh kerana saya mampu bangun saya menyambut beliau tanpa kamera dan pakaian kemas bersalam dengannya.

Biarpun saya terharu tapi sempat berkata "terima kasih Datuk dalam sibuk-sibuk sempat singgah insan kerdil ini". Beliau sempat berbisik satu ungkapan yang amat rahsia secara peribadi meningkatkan motivasi saya untuk balik menggalas kamera......

Saya sudah mengetahui telah discas oleh doktor yang bertugas. Namun kerana harus menunggu isteri datang menjemput maka tengahari itu adalah masa saya untuk menerima tetamu.

Paling terharu, apabila muncul Pengarah Pusat Komunikasi Korporat UKM Datin Narizan, En Raduan Gahzali, Puan Nastura, En Antony, Cik Hanim, Puan Fairus, Puan Julaiha, Hanis, Siti, Anne, Miza, Dua Jurufoto PKK Ikhwan dan Izwan yang sering kami 'bergaduh' dan bertukar idea sewaktu menghasilkan produk.
Penasihat Undang-Undang Universiti Malaysia Kelantan bersama seorang
rakan. Terima kasih.

Hari ini kami berkumpul ketika saya sakit. Selalunya kami berkumpul menerima arahan dan memberi idea dalam meningkat nama UKM. Namun saya terharu dengan kehadiran ini paling tidak mereka adalah 'keluarga' yang harus saya gauli sehingga tarikh pencen 2018.......

Tidak ketinggalan selepas itu datang pegawai dan rakan-rakan sepejabat isteri. Puan Hamiza, En Aidil, En Amir.


Selepas mereka pulang, saya ke bilik air mengambil wuduk. Doktor dari kaunter memberitahu bahawa beliau nak cabut tiub yang masih ada kat belakang yang disambung ke buah pinggang.. Ohhh. Saya memberitahu beliau berikan masa saya nak solat Zohor. Katanya ok.

Selang tak lama selepas itu doktor telah mencabut tiub itu. Oh, agak pedih dan terasa senak pada bahagian buah pinggang. Saya membawa diri berbaring.

Tiub ke buah pinggang

Tak lama datang Kak Su biras saya dan anaknya Is. Kemudian muncul sdra Saadon rakan sepejabat isteri. Menyusul selepas itu datang dikatil seorang sahabat yang bertugas di hospital tersebut. Kemudiann muncul Prof Datuk Abdul Halim Sidik Penasihat Undang-Undang Universiti Malaysia Kelantan yang merupakan suami kepada TNC HEPA UKM . Menyayat hati dalam beliau sempat melawat saya puterinya juga sedang bertarung nyawa dan akan dibedah keesokkan hari. Sdra Saedon juga melawqat adiknya yang membuat pembedahan tonsil.
Rutin harian puteri bongsu saya menukar
pelaster bekas luka di bahagian buah pinggang.

Ketika saya dibenar balik  ke rumah


24 Jun 2015

Saya menghantar satu mesej Facebook kepada seorang ustaz, seorang pegawai di UKM.

Assalamualaikum ustaz. Disaat saya diuji banyak perkara yg tercetus dlm minda ini. Rasanya perkara yg saya kisahkan tak molek d tulis dlm FB amat kuatir dikatakan riak. Takut siapa yg tak takut. Malahan saya bersedia jika itu yg Allah tentukan. Namun saya yakin mati pasti. Dan ketentuan itu Allah saja tahu. Saya berlapang dada apabila mengenangkan hubungan silatulrahim saya amatkan antara keluarga dan sahabat. Saya hubungi persatuan anak yatim dimana sumbangan dibuat setiap bulan. Minta mereka doakan saya. Saya yakin dengan doa fakir miskin yg menerima sebahagian zakat saya yg dibuat melalui potongan gaji. Malahan saya telah membuat wasiat harta yg ditinggalkan diinfaqkan beberapa peratus kpd anak-anak yatim, surau taman saya. Kekuatan kefahaman saya pada quran dan hadis maka lakukan. Syukur ustaz, saya dapat masuk bilik bedah utk 6 jam dgn wuduk. Saya tidak diberikan mimpi neraka ketika dibius. Saya tidak diberi mimpi syurga ketika itu kerana saya beriman kedua-dua tetap ada. Ustaz, saya berikan pengalaman ini mungkin dapat ditazkirahkan di mana jua ustaz diberi peluang. Memang hebat ujian Allah. Cukup hebat kuasa Allah. Maha Pengasih Dia kepada kita. Saya antara hambaNya telah menemuinya. Selamat berpuasa.
W.slm.. masyaallah.. barakallah.. tabarakallah.. syukur pd Allah atas segala janji2 dan nikmat-Nya.. T.kasih atas perkongsian yg amat menarik.. semoga menjadi pedoman kpd manusia lain.. Mg tuan sembuh sepenuhnya dan kembali sht dan ceria seperti biasa.. dan teruskan amal dan jariah tuan itu agar ianya berguna di alam ini dan alam2 seterusnya.
 













Isteri saya datang dan menguruskan discaj saya. Syukur hari ini saya balik ke rumah.....Hari ini 22 Jun adalah ulangtahun perkahwinan kami ke-30. Inilah hadiah ulangtahun kami paling berharga.













______________________________________________________________________

14 Julai 2015:

Empat hari menjelang 1 Syawal  saya kembali ke HCTM untuk melakukan minor operation. Menunggu giliran untuk pembedahan kecil ini saya ditemani isteri. Kebetulan hari itu pesakit yang sama-sama dibedah berada di Wad jagaan harian. Kami berbual panjang.

Pembedahan ini perlu dilakukan bagi mengeluarkan satu alat (extance) yang dimasukan pada saluran kencing semasa pembedahan dulu. Allah saja yang mengetahui betapi seksanya ketika itu apabila doktor memasukkan tiub ke dalam saluran kencing. Tahan sajalah. Lebih kurang enam minit proses ini dilakukan dengan bantuan dua orang para medik maka alat itu dapat dikeluarkan. Kata doktor terdapat sedikit batu karang semasa alat itu dikerluarkan. Masyaallah sakitnya .........

Proses ini membuatkan saya tidak selesa untuk jangan masa yang agak lama tapi tidak sampai sehari.



__________________________________________________________________________

Terima kasih Pengarah Pusat Komunikasi Korporat UKM bersama pegawai dan rakan-rakan staff yang berkelapangan masa melawat saya di hari terakhir. Allah jua yang membalas budi anda...

En Idham sempat melawat saya walaupun beliau
kurang sihat.















Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pembedahan kecil

Wad 5D: Dari katil 17 ke katil 22 di Hospital Canselor Tuanku Muhkriz