Semua orang mahu hidup lama di bumi Allah. Tapi kalau Allah memberi ujian dengan penyakit itu tandanya Dia telah memberikan amaran bahawa usia kita belum tentu panjang. Takdir Allah siapa yang tahu. Sekiranya kita diduga dengan penyakit maka memanjatkan doa adalah satu cara terbaik. Mana tidaknya Allah yang menjadikan kita maka Dia juga yang akan mengambil semula. Bersediakah kita?

Rabu, 5 Oktober 2016

Pembedahan ketiga

30 September 2016:

Saya telah bertemu doktor pakar hari ini. Pertemuan kali ini ringkas sahaja. Doktor pakar memberitahu keadaan Batu Karang tinggal satu sahaja lagi. Ini berdasarkan CT Scan yang yang telah dilakukan pada 27 September lalu.

Setelah berbincang dengan doktor saya bersetuju untuk dilakukan pembedahan secara masuk skop ke saluran Buah Pinggang. Insyaallah 30 November 2016 saya akan masuk wad, 1 Disember 2016 saya akan masuk bilik bedah.

Kedudukan Batu Karang yang terkini. Sebelah kanan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Usah Lemah Semangat Ketika Sakit

Saya lebih dikenali sebagai Jurufoto Makan Gaji Kerajaan. Cukup bulan dapat gaji. Boleh baca kisah kerjaya saya di blog  kisahraai.blogspot....