Masuk wad 5D kali kelima

30 November 2016:

Jam 8.30 saya daftar masuk wad 5D dan ditempatkan di katil 11. Selepas mengambil sempel darah dan tekanan darah saya telah dilakukan ujian ECG. Kemudian ke bilik XRay untuk membuat scan pada paru-paru.

Jam 2.30 doktor membuat pemeriksaan dan memberitahu terdapat jangkitan kuman. Kini saya kena tunggu tindakan susulan doktor pakar.




Doktor pakar bersama ahli kumpulannya telah melawat sekitar jam 3 petang. Doktor Tan memberitahu pembedahan ditangguhkan. Mereka hanya akan mengeluarkan stand yang terdapat di dalam saluran Buah Pinggang saya.

Selepas itu doktor bius datang bertemu saya. Setelah berbincangan dibuat saya mengambil keputusan untuk bersetuju dilakukan bius sepenuh badan. Saya tak nak bius separuh badan kerana tak sanggup nak tengok proses yang dilakukan doktor. Walaupun katanya mereka akan meletakkan scren untuk menghalang penglihatan saya.

Sekitar jam 10.30 malam seorang doktor datang memberitahu saya dilewatkan masuk bilik bedah kerana ada satu pembedahan lebih besar iaitu seorang pesakit akan dibedah membuang salah satu Buah Pinggangnya.....

1 Disember 2016 | Jam 6.30 pagi:

Ketika terjaga dari tidur jam empat pagi tadi kelihatan baju untuk masuk bilik bedah telah tersedia di hujung katil saya.


7.00 pagi, saya dibenarkan sarapan dan mulai berpuasa sejak 7.30 sehingga saya dibawa masuk bilik bedah.



10.00 malam: 

Jam 1.30 petang saya telah dibawa ke bilik bedah. Proses bius berlaku sekitar jam 2.30 kerana jumlah pesakit ramai. 

Kali ini baru saya merasai bagaimana proses bius dilakukan. Corong Oksigen diletakkan pada mulut dan hidung saya. Saya bernafas seperti biasa. Kemudian doktor Geris memberitahu beliau akan melakukan proses menidurkan saya. 

Saya mengucapkan Syahadah.....Cuma sementara proses menidurkan itu saya berkata dalam hati "harab berjaya proses  bius ini". 

Kemudian saya tidak sedar lagi..Alhamdulillah 3.30 petang saya sedar. Nama saya dipanggil sayup-sayup kedengaran. Telinga saya mendengar terasa bising.  Saya dibawa keluar dari bilik bedah. Kini masih lemah.

Isteri dan anak menantu menjadi peneman ketika kesusahan.


2 Disember 2016: 

Nurse membuat pemeriksaan. Saya demam 39.5. Malam tadi saya tidak dapat tidur. Mungkinkah saya akan berada lebih lama di sini seperti bulan Julai.....Saya kuatir kerana, adakah kuman  ini lebih kuat berbanding sebelum ini?

Demam saya semakin kuat hari ini. Antibiotik dimasukkan. Kata Dr Nurul tak mengapa janji ikut dosnya. Nurul anak sahabat karib saya yang saya kenal sejak beliau kecil lagi. Risau juga sebab agak kerab antibiotik dicucuk ke badan saya.

Tengahari tadi seorang rakan Pegawai Fisiotrapi menziarahi saya dapatlah saya mendapat tip-tip untuk menjaga kesihatan selepas pebedahan. 

Petang keluarga datang membawa sijil  Anugerah Bitara yang diterima oleh isteri saya pagi tadi. Gembiralah sikit.

Oleh kerana demam saya agak tinggi anak-anak mencadangkan ibu mereka menemankan saya. Tapi kesihan pula tidur kat wad bukan selesa sangat. Lagi pun saya rasa masih terkawal.



4 Disember:

Hari ini dan semalam tiada catatan boleh disampaikan kecuali menyatakan saya dah dibenarkan keluar wad..

Terima kasih kepada semua yang menunjukkan rasa prihatin kepada saya. Ikutilah catatan seterusnya.


Nota: Catatan ini dibuat dari katil hospital.

Rakan dari UIA yang sudi melawat saya bersama anak comelnya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pembedahan kecil

Ku merasai derita tanpa suara

Wad 5D: Dari katil 17 ke katil 22 di Hospital Canselor Tuanku Muhkriz