Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2015

Batu Karang

Imej
Artikel ini dipetik dari http://www.myhealth.gov.my/index.php/dewasa/penyakit/urologi-saluran-kencing Pengenalan Air kencing terbentuk di dalam buah pingggang mengalir melalui struktur tiub yang dipanggil ureter ke pundi kencing sebelum dikeluarkan. Batu karang atau kalkuli boleh ditemui di mana saja pada buah pinggang, ureter atau pundi kencing. Di Malaysia batu karang biasa ditemui di bahagian atas saluran kencing ( buah pinggang dan ureter). Kekerapan batu karang ini adalah 10%-20% di Asia berbanding dengan 15%-18% di negara barat. Batu karang terbentuk apabila terdapat kepekatan yang tinggi bahan-bahan tertentu di dalam air kencing yang menyebabkan terbentuknya kristal. Biasanya air kencing mempunyai bahan yang dipanggil 'penghalang' yang menghalang pembentukan batu karang, tetapi ada setengah kes ia tidak berfungsi. Kepekatan air kencing yang tinggi ini biasa terjadi pada mereka y

17 Jun 2015

Imej
Hari yang telah ditentukan Nombor katil saya yang akan menjadi kenangan kami sekeluarga Wad 5D Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM)

9 Jun 2015

Imej
Ketika menunggu nombor giliran naik, aku ambil keputusan pergi ke Jabatan Radiologi. Sebelum sampai aku bertemu seorang pegawai yang mengenali aku ketika dia bertugas di UKM Bangi. Aku beritahu tentang kerosakan alat CT Scan. Dia sedia maklum. Katanya ada di tempat lain tapi kena buat surat lain. Setelah berada di kaunter doktor memberitahu bahawa CT Scan boleh dibuat di makmal kecemasan. Akhirnya aku discan dan mempamerkan kedudukan batu karang. Gambar hiasan: CT Scan

9 Jun 2015

Perjalanan merawat diriku diteruskan. Ketika menimbang berat badan tadi, telah turun menjadi 82 kg. Patutlah ada org kata badanku nampak kurus. Klinik begitu ramai wargamas menunggu giliran. Oh rupanya resiko gangguan buah pinggang amat tinggi.

8 Jun 2015

Hari ini jam 8.30 pagi saya sudah berada di Jabatan Radiologi untuk membuat CT Scan. Nasib kurang baik. Mesin rosak. Puas doktor kat situ menerangkan masalahnya. Saya faham. Namun kata saya saya harus buat scan sebelum 17 Jun. Beliau faham.