Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2016

Gambar Kedudukan Batu Karang

Imej
Sebelum pembedahan pada 18 Jun 2015 Selepas pembedahan pada 18 Jun 2015 Selepas pembedahan pada 13 Julai 2016 Ct Scan pada 27 September 2016

25 Ogos 2016

Imej
Semalam sepatutnya saya dibedah. Oleh kerana ada jangkitan kuman pada air kencing maka doktor pakar menangguhkan sehingga suatu masa yang akan ditetapkan pada 30 September nanti. Hari ini saya pergi semula ke Wad 5D untuk mengambil temujanji untuk membuat CTScan. Disamping itu saya juga membeli gambar CTScan yang telah dibuat sebelum ini. Bila saya lihat semula Masyaallah rupanya Batu Karang saya telah kecil. Mungkin Allah telah memberi mujarab pada ubat yang makan ia itu Ural. Syukur Alhamdulillah. 2015 2016

Allah yang menentukan

Imej
Seawal jam 8 pagi saya telah mendaftar untuk Wad 5D. Di Wad 5D saya diletakkan di katil no 18.  Selepas menukar pakaian pesakit, saya dibawa ke bilik X-Ray. Sekembali ke wad, ujian ECG dilakukan dan jantung saya dalam keadaan baik. Alhamdulillah. Seperti biasa ujian urin, darah akan dilakukan untuk memastikan saya berada dalam mood sihat dan selamat. Katil no. 18 Selepas jam 2 petang doktor di wad memberitahu bahawa urin saya ada jangkitan kuman dan beliau tidak pasti samada doktor pakar mahu meneruskan atau tidak pembedahan esoknya (24 Ogos). Sekitar jam 3 petang kumpulan doktor pakar memberitahu saya hal yang sama. Katanya jika dibuat pembedahan akan mengalami resiko selepas itu. Oleh itu mereka mengambil keputusan menangguhkan pembedahan. Atibiotik akan dibekalkan kepada saya untuk jangka masa dua atau empat hari. Pada masa yang sama doktor bius telah bertemu saya. Beliau memberitahu bahawa giliran saya ialah yang kedua. Oleh kerana pembedahan ditangguhkan maka borang a

Hidup mesti diteruskan

Saya akan memasuki dewan bedah kali ketiga pada 24 Ogos ini. Trauma tetap ada kerana merasai kesakitan yang sukar digambarkan. Namun jika ada ketentuan Allah saya memohon maaf andainya terdapat sebarang kesalahan saya.