Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2016

Isteri Solehah

  Di hujung katil 23 aku lihat seorang wanita menyuap susu ke mulut suaminya......Sambil mulutnya bersembang dengan seorang wanita yang sedang menjaga suaminya akan dibedah esok hari. Malam itu aku lihat wanita itu tidur di atas kerusi dan meletakkan kepalanya di atas tilam suaminya. Suasana hening wad berlalu hingga ke Subuh. Semua pesakit tidur dengan nyenyak walaupun mereka mengalami kesakitan termasuk aku. Kami tidak bermimpi tidak mengganggu sesiapa...... Wanita itu memberitahu aku suaminya telah empat tahun koma. Tidak dapat berbual, tetapi matanya terbuka seperti dapat melihat semua orang yang datang disebelahnya. Baginilah keadaannya makan pun bersuap dengan hanya susu ini sahaja, ujar wanita itu. Air mata aku menitus halus di kelopak mata. Subhanallah..... "Anak-anak saya dah beritahu, ayah mereka sudah macam ni. Kalau nak kerja, kerjalah jangan dikuatirkan sangat. Nak pergi kursus ke nak pernah mana-mana pergilah", tambah wanita itu. Ohhhh sebak dadaku. Sepanjang di