Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2016

Malam pertama

 Apabila lama tidak bertemu rakan lama maka ada waktunya kita menjadi rindu. Biarpun rindu itu tidak sehebat mana namaun ada waktunya teringat saat-saat ketika bersamanya. Saya ramai rakan-rakan lama. Malahan mereka hilang dari kelompok pergaulan saya setelah berpisah jauh kerana kerjaya kerana sibuk dan kerana naik pangkat. Protokol dan etika ada waktunya kita hanya boleh angkat tangan sahaja jika bertemunya. Ada waktunya dia akan menegur saya terlebih dahulu walaupun saya sudah nampak beliau dari jauh. Ada waktunya kita hilang rakan lama kerana pangkat, kerana isterinya orangnya berpangkat. Harta juga menjadi sempadan dalam pergaulan. Namun pada zahirnya dia tetap rakan kita. Bayangkan kita harus hormatnya ketika bertemu dimana-mana majlis yang berprotokol. Kita harus bersikap demikian kerana pangkatnya dan orang sekeliling. Cuba anda bayangkan apabila membuat sms kepada seorang rakan lama yang sama-sama bersekolah, berkawan semasa susah untuk mengucapkan selamat hari raya. ayat kita