Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2016

Masuk wad 5D kali kelima

Imej
30 November 2016: Jam 8.30 saya daftar masuk wad 5D dan ditempatkan di katil 11. Selepas mengambil sempel darah dan tekanan darah saya telah dilakukan ujian ECG. Kemudian ke bilik XRay untuk membuat scan pada paru-paru. Jam 2.30 doktor membuat pemeriksaan dan memberitahu terdapat jangkitan kuman. Kini saya kena tunggu tindakan susulan doktor pakar. Doktor pakar bersama ahli kumpulannya telah melawat sekitar jam 3 petang. Doktor Tan memberitahu pembedahan ditangguhkan. Mereka hanya akan mengeluarkan stand yang terdapat di dalam saluran Buah Pinggang saya. Selepas itu doktor bius datang bertemu saya. Setelah berbincangan dibuat saya mengambil keputusan untuk bersetuju dilakukan bius sepenuh badan. Saya tak nak bius separuh badan kerana tak sanggup nak tengok proses yang dilakukan doktor. Walaupun katanya mereka akan meletakkan scren untuk menghalang penglihatan saya. Sekitar jam 10.30 malam seorang doktor datang memberitahu saya dilewatkan masuk bilik bedah keran