Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2016

11 April 2016

Saya masuk bilik 1 Klinik Surgery HCTM (PPUKM). Doktor bertanya mahu dibedah atau tidak untuk kali kedua. Saya termenung sebentar. "Pada pandangan doktor bagaimana?", tanya saya. "Terpulang pada Encik. Tapi untuk menyelamatkan buah pinggang adalah elok dibedah.", tegas doktor. "Ok doktor saya setuju dibedah!" jawab saya dengan penuh yakin. Doktor kata nak bedah bulan Jun. Tapi saya minta tanggung selepas Aidilfitri dengan hasrat untuk menyambut Ramadan. Kerana Ramadan tahun lepas saya tidak berpuasa selama 21 hari....Doktor memberi dua tarikh. 13 Julai atau 20 Julai. Tapi saya memilik 13 Julai, Akan masuk wad 5D untuk kali kedua ketika umat Islam masih menyambut raya Aidilfitri. Biarlah kemeriahan untuk itu bukan milik saya. Saya bekurban diri ini untuk menyehatkan badan demi meneruskan perkhidmatan kepada orang lain selepas itu. Insyaallah jika tiada aral melintang saya dan keluarga ke Tanah Suci Mekah pada 30 Mei-10 Jun 2016. Semoga