Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2017

Kematian

  Malam itu saya tidur nyenyak. Keadaan dalam wad sepi.... Sekitar jam 1 pagi saya bangun untuk ke tandas. Seperti biasa sejak pembedahan tahun lepas keadaan perlepasan urin saya akan menjadi laju atau perlu cepat setiap satu hingga dua jam. Selang satu katil dengan saya terdapat seorang pesakit India berusia lebih 70 tahun. Pagi itu kelihatan nurse sedang menguruskan pesakit itu. Terdengar seorang nurse berkata, nanti bila siap kami panggil. Nurse itu ditujukan kepada anak-anaknya. Saya membiarkan keadaan itu kerana kerja petugas wad tidak perlu diganggu. Jam lima pagi, ketika nurse datang membuat pemeriksaan keadaan saya dia memberitahu pesakit tersebut telah meninggal dunia. Begitulah hidup ini, yang sihat akan sakit, yang sakit akan mati. Terimalah ketentuan ini. Ulasa

Di sini mungkin berakhir

Imej
24 Januari 2017: Saya melangkah masuk ke wad 5D buat kali ketujuh. Resah hati saya buang di koridor wad. Kemesraan petugas wad 5D jelas seperti anak-anak menyambut kepulangan ayah! Saya bergurau dengan petugas di kaunter jangan tempatkan saya di katil nombor ×€. Dia orang ketawa kerana faham maksud saya kerana malam Jumaat lepas ada seorang lelaki india telah meninggal pada jam 1 pagi. Proses biasa dilakukan oleh petugas wad. Saya ditempatkan di katil 18 sebelah tingkap. Menarik pemandangan menghala ke Taman Midah. Doktor memberitahu kuman masih ada namun mereka menunggu pakar kuman untuk redakan keadaan ini. 25 Januari: Jam 8.40 pagi kumpulan doktor pakar yang diketuai oleh Prof Preveen melawat ke katil saya. Saya diberitahu pagi esok akan dimasukkan Antibiotik sebelum pembedahan dilakukan. 26 Januari 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Syukur Allah memberi masa untuk bermunajat hingga jam 3....Jam 2 says sudah mulai berpuasa. Jam 4.30 nurse mem

Masuk Wad 5D Kali Keenam

Imej
 19 Januari 2017: Saya datang untuk memperolehi keputusan urin. Doktor tahan saya di wad kerana urin saya terdapat kuman. Sehingga malam tiada rawatan dilakukan kecuali mengambil darah. 20 Januari 2017: Sekitar jam 1.30 pesakit di katil 26 berbangsa India telah meninggal dunia. Rupanya malaikat maut bertamu di wad 5D...... Jam 8.45 pagi: Doktor pakar melawat. Mereka belum membuat keputusan kerana keadaan saya dikatakan sukar dibuat keputusan kerana keadaan buah pinggang saya. Jika diberi antibiotik memungkinkan berlaku kerosakkan lebih teruk kepada buah pinggang. Masih menunggu keputusan doktor pakar kuman. Jam 2.00 petang: Ketika pulang dari bersolat Jumaat di Sarau HCTM doktor bahagian kuman memberitahu saya bahawa kuman saya telah menghuni dalam saluran urin sejak bulan Julai 2016. Doktor masih belum membuat keputusan untuk memberi antibiotik.  Jika diberi saya akan menghadapi kesukaran jika sakit di masa lain kerana antibiotik ini kuat. Jam 4.00 petang: Ketika Ustaz Khairil