Kematian

 Malam itu saya tidur nyenyak. Keadaan dalam wad sepi....


Sekitar jam 1 pagi saya bangun untuk ke tandas. Seperti biasa sejak pembedahan tahun lepas keadaan perlepasan urin saya akan menjadi laju atau perlu cepat setiap satu hingga dua jam.

Selang satu katil dengan saya terdapat seorang pesakit India berusia lebih 70 tahun. Pagi itu kelihatan nurse sedang menguruskan pesakit itu. Terdengar seorang nurse berkata, nanti bila siap kami panggil. Nurse itu ditujukan kepada anak-anaknya.

Saya membiarkan keadaan itu kerana kerja petugas wad tidak perlu diganggu.

Jam lima pagi, ketika nurse datang membuat pemeriksaan keadaan saya dia memberitahu pesakit tersebut telah meninggal dunia.

Begitulah hidup ini, yang sihat akan sakit, yang sakit akan mati. Terimalah ketentuan ini.

Ulasa

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pembedahan kecil

Ku merasai derita tanpa suara

Wad 5D: Dari katil 17 ke katil 22 di Hospital Canselor Tuanku Muhkriz