Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2015

Ku merasai derita tanpa suara

Imej
Kenangan dan penghargaan saya buat anda daripada saya sekeluarga. 18 Jun 2015 Waktu orang sedang bersahur saya sudah bangun tapi bukan untuk bersahur. Saya membersihkan diri dan menukar pakain baru yang diberikan oleh hospital. Sekitar jam 9 pagi saya buat solat Duha, solat Taubat. Serta solat Hajat. Siapa yang tidak takut! Tubuh badan akan diserahkan kepada pakar untuk dibedah. Ditebuk. Saya menyerah nyawa dan takdir hanya pada Ilahi. 19 Jun Sdra Rosli dan Rahman, sahabat Jurufoto di HCTM datang melawat saya. Saya pernah menguji semangat dengan melakukan terjunan tempat tinggi di Kem Latihan Tentera Darat Sungai Buluh. Saya pernah melakukan tugasan merakam gambar gambar dari helikopter tanpa pintu ditutup. Saya pernah terjatuh ke dalam Sungai Taman Negara ketika bertugas. Saya pernah mengalami tekanan udara sebanyak dua kali dalam penerbangan dari Labuan ke Kuala Lumpur. Saya pernah mengikuti penerbangan Agensi Penguatkuasaan Maritem ketika hujan lebat di Subang. It

Ada waktunya kita tak sedar kita sebenarnya sedang sakit!

Imej
Saya seorang penulis blog. Saya juga seorang Jurufoto. Pengalaman kerjaya membawa saya membuat keputusan menulis pengalaman ketika dirawat setelah terkena penyakit batu karang. tidak ramai yang mahu pengalaman peribadi ini ditulis ketika sedang derita. Tapi percayalah dengan penulisan ini saya harus bertanggungjawab agar ada ramai yang akan berwaspada menempuh hidup ini. Berapa ramai yang mengidap sakit jantung, barah, leukimia sanggup menulis pengalaman mereka. Doktor, mereka agak sibuk merawat pesakit dan ada yang menulis pun kerana faktor desakan kenaikan pangkat. Percayalah saya menulis dengan luahan hati ingin mengajak orang berubah. Arwah mak saya pengidap Leukimia. Saya hanya mampu menulis dari pihak anak. Saya tidak mampu menulis sebagai pesakit. Isteri juga begitu. Malahan ia terlalu hak peribadi, saya tidak mahu menulis kerana tidak mahu kebebasan peribadinya di hebahkan. Saya pernah menulis pengalaman puteri kedua diserang demam denggi. Tahap kecelaruan paling tingg

14 Julai 2015

14 Julai 2015, mahu tak mahu saya kena ke wad DayCare PPUKM. Hadir untuk mengeluarkan exctane yang dimasukkan pada pembedahan 18 Jun 2015. Bersama isteri saya ke wad tersebut. Kebetulan terjumpa lelaki berbangsa cina yang sama sehari membuat pembedahan. Dapat berbual panjang dengannya. Pembedahan kecil ini untuk mengeluarkan satu alat yang telah dimasukkan pada hari pembedahan 18 Jun lepas. Saluran urin saya dimasukkan tiub untuk mengeluarkan alat itu. Dalkam tempuh lima minit pembedahan kecil ini selesai. Allah Huakbar sakitnya boleh tahan juga.