Seawal jam 8 pagi saya telah mendaftar untuk Wad 5D. Di Wad 5D saya diletakkan di katil no 18. Selepas menukar pakaian pesakit, saya dibawa ke bilik X-Ray. Sekembali ke wad, ujian ECG dilakukan dan jantung saya dalam keadaan baik. Alhamdulillah. Seperti biasa ujian urin, darah akan dilakukan untuk memastikan saya berada dalam mood sihat dan selamat. Katil no. 18 Selepas jam 2 petang doktor di wad memberitahu bahawa urin saya ada jangkitan kuman dan beliau tidak pasti samada doktor pakar mahu meneruskan atau tidak pembedahan esoknya (24 Ogos). Sekitar jam 3 petang kumpulan doktor pakar memberitahu saya hal yang sama. Katanya jika dibuat pembedahan akan mengalami resiko selepas itu. Oleh itu mereka mengambil keputusan menangguhkan pembedahan. Atibiotik akan dibekalkan kepada saya untuk jangka masa dua atau empat hari. Pada masa yang sama doktor bius telah bertemu saya. Beliau memberitahu bahawa giliran saya ialah yang kedua. Oleh kerana pembedahan ditangguhkan maka bora...