Setelah mengalami masalah gangguan kesihatan sejak tahun 1999 apabila mata saya didapati oleh doktor bocor. Menggunakan beberapa kaedah trapi saya akhirnya reda dari masalah tersebut dengan izin Allah.

Namun apa yang membuatkan saya terganggu selepas menggunakan staroid untuk menghilangkan bengkak mata, badan saya mengalami perubahan. Saya dilihat oleh rakan-rakan sebagai orang yang gemuk. Mereka sering kali mengaitkan keadaan ini dengan pemakanan saya.

Tidak dapat dinafikan saya memang mempunyai selera yang tinggi. Namun saya mengawal dengan memakan sayur, buah atau lain-lain serat dengan jumlah yang banyak. Biarpun begitu saya mengalami peningkatan berat badan dari 80kg ke 85kg. Jikalau turun hanya di bulan Ramadan dan puasa enam yang saya amalkan.

Mungkin kerana kerjaya saya makan soal makan makanan yang "hebat" sukar dikawal kerana hampir setiap hari saya memperolehi makanan percuma di mana-mana majlis yang saya buat liputan.

Saya banyak membaca buku-buku motovasi untuk meningkat kekuatan minda. Motivasi saya untuk memgukirkan kejayaan dalam kerjaya memang tinggi. Paling menarik dalam setiap buku yang saya baca, penulis mengaitkan soal kawalan berat badan. Saya terpengaruh dan berfikir kenapa tidak saya ubah tabiat hidup dan mencari sesuatu  untuk mengubah "sedikit" tabiat makan saya.

Walaupun selama ini tabiat makan saya sudah baik kerana tidak makan diluar waktu makan seperti makan selepas sarapan, makan tengahari atau makan malam dengan makanan ringan. Saya sering menggosok gigi selepas makan walaupun di pejabat kerana hendak mengelak makan makanan ringan selepas waktu makan sebenar.

Pada 26 Disember 2009 saya memulakan memakan sejenis supliment yang diadun dengan 65 jenis organik dan buah-buahan. Peringkat awal saya dan isteri memakan dua bungkus sehari. Satu pagi dan satu petang. Alhamdulillah pada 1 Januari 2010 saya mendapati berat badan saya telah turun 1 kg. Cara makan saya telah berubah. Saya hanya makan nasi dalam jumlah yang amat sedikit. Di waktu pagi saya hanya sarapan dalam jumlah yang sedikit. Saya telah meninggalkan nasi lemak, mi goreng, mi bandung, roti canai. Kecuali Sabtu dan Ahad saya menjamah juga makanan kegemaran saya itu.

Kini setelah hampir tiga bulan, saya telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 5kg. Badan terasa ringan dan sakit bahu sudah berkurangan. Menakjubkan semasa saya menjalan pemeriksaan kesihatan di hari terbuka Kolej Tun Syed Nasir UKM, kolesterol saya berada pada tahap yg baik, masalah gula dalam darah juga tidak ada.

Sekarang saya meneruskan pengambilan Organik 65 Nutri Metic demi menjaga tahap kesihatan saya agar tidak memberi kesan kepada apa jua yang tidak baik.

Pautan yang berkaitan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pembedahan kecil

Ku merasai derita tanpa suara

Wad 5D: Dari katil 17 ke katil 22 di Hospital Canselor Tuanku Muhkriz