Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel sihat

Ada waktunya kita tak sedar kita sebenarnya sedang sakit!

Imej
Saya seorang penulis blog. Saya juga seorang Jurufoto. Pengalaman kerjaya membawa saya membuat keputusan menulis pengalaman ketika dirawat setelah terkena penyakit batu karang. tidak ramai yang mahu pengalaman peribadi ini ditulis ketika sedang derita. Tapi percayalah dengan penulisan ini saya harus bertanggungjawab agar ada ramai yang akan berwaspada menempuh hidup ini. Berapa ramai yang mengidap sakit jantung, barah, leukimia sanggup menulis pengalaman mereka. Doktor, mereka agak sibuk merawat pesakit dan ada yang menulis pun kerana faktor desakan kenaikan pangkat. Percayalah saya menulis dengan luahan hati ingin mengajak orang berubah. Arwah mak saya pengidap Leukimia. Saya hanya mampu menulis dari pihak anak. Saya tidak mampu menulis sebagai pesakit. Isteri juga begitu. Malahan ia terlalu hak peribadi, saya tidak mahu menulis kerana tidak mahu kebebasan peribadinya di hebahkan. Saya pernah menulis pengalaman puteri kedua diserang demam denggi. Tahap kecelaruan paling tingg...