Catatan

Pembedahan ketiga

Imej
30 September 2016: Saya telah bertemu doktor pakar hari ini. Pertemuan kali ini ringkas sahaja. Doktor pakar memberitahu keadaan Batu Karang tinggal satu sahaja lagi. Ini berdasarkan CT Scan yang yang telah dilakukan pada 27 September lalu. Setelah berbincang dengan doktor saya bersetuju untuk dilakukan pembedahan secara masuk skop ke saluran Buah Pinggang. Insyaallah 30 November 2016 saya akan masuk wad, 1 Disember 2016 saya akan masuk bilik bedah. Kedudukan Batu Karang yang terkini. Sebelah kanan.

Gambar Kedudukan Batu Karang

Imej
Sebelum pembedahan pada 18 Jun 2015 Selepas pembedahan pada 18 Jun 2015 Selepas pembedahan pada 13 Julai 2016 Ct Scan pada 27 September 2016

25 Ogos 2016

Imej
Semalam sepatutnya saya dibedah. Oleh kerana ada jangkitan kuman pada air kencing maka doktor pakar menangguhkan sehingga suatu masa yang akan ditetapkan pada 30 September nanti. Hari ini saya pergi semula ke Wad 5D untuk mengambil temujanji untuk membuat CTScan. Disamping itu saya juga membeli gambar CTScan yang telah dibuat sebelum ini. Bila saya lihat semula Masyaallah rupanya Batu Karang saya telah kecil. Mungkin Allah telah memberi mujarab pada ubat yang makan ia itu Ural. Syukur Alhamdulillah. 2015 2016

Allah yang menentukan

Imej
Seawal jam 8 pagi saya telah mendaftar untuk Wad 5D. Di Wad 5D saya diletakkan di katil no 18.  Selepas menukar pakaian pesakit, saya dibawa ke bilik X-Ray. Sekembali ke wad, ujian ECG dilakukan dan jantung saya dalam keadaan baik. Alhamdulillah. Seperti biasa ujian urin, darah akan dilakukan untuk memastikan saya berada dalam mood sihat dan selamat. Katil no. 18 Selepas jam 2 petang doktor di wad memberitahu bahawa urin saya ada jangkitan kuman dan beliau tidak pasti samada doktor pakar mahu meneruskan atau tidak pembedahan esoknya (24 Ogos). Sekitar jam 3 petang kumpulan doktor pakar memberitahu saya hal yang sama. Katanya jika dibuat pembedahan akan mengalami resiko selepas itu. Oleh itu mereka mengambil keputusan menangguhkan pembedahan. Atibiotik akan dibekalkan kepada saya untuk jangka masa dua atau empat hari. Pada masa yang sama doktor bius telah bertemu saya. Beliau memberitahu bahawa giliran saya ialah yang kedua. Oleh kerana pembedahan ditangguhkan maka bora...

Hidup mesti diteruskan

Saya akan memasuki dewan bedah kali ketiga pada 24 Ogos ini. Trauma tetap ada kerana merasai kesakitan yang sukar digambarkan. Namun jika ada ketentuan Allah saya memohon maaf andainya terdapat sebarang kesalahan saya.

Wad 5D: Dari katil 17 ke katil 22 di Hospital Canselor Tuanku Muhkriz

Imej
13 Jul- Jam 10 pagi saya dibawa masuk ke bilik pembedahan. Kali ini saya tenang keranalah kali kedua mengalami suasana begini. Di dalam bilik bedah saya menguasai keadaan sambil mata dapat melihat suasananya. Walaupun pernah melohat bilik bedah sebelum ini namun kali ini saya dibawa masuk kerana hendak dibedah. Melihat kenderaan ini  masuk ke wad itu menandakan saat saya akan dibawa ke bilik bedah Hari ini saya menyambut hari raya kelapan dalam bilik bedah dengan baju bedah. Oleh kerana saya baru habis puasa enam semalam, hari ini saya menyambut raya puasa enam dalam bilik bedah Kali ini ini ketika saya dibedah hanya isteri dan tiga orang puteri diluar bilik bedah. Jika tahun lepas kakak dan abang ipar serta anak saudara menunggu dengan debaran. Jam 1 petang saya  selamat menjalani pembedahan sekitar tiga jam. Perancangan doktor pakar untuk membuat dengan menebuk belakang agar dapat mengeluarkan batu karang yang masih berbaki. Doktor pakar pada awalnya akan mem...

Siapa bersama kita ketika menderita sakit?

Imej
12 Julai: Doktor pakar memberitahu saya bahawa proses pembedahan saya menggunakan kaedah menebuk pada buang pinggang dan memasukkan tiub menerusi saluran urin. Saya termenung mengenangkan prosesnya telah berubah. Namun apa yang boleh saya elak, kerana borang akur untuk dibedah telah ditandatangan! Sumber gambar Oleh kerana tiga bulan lepas saya agak tenang kerana memikirkan proses pembedahannya sama dengan tahun lepas tetapi selepas mendapat pandangan doktor saya mula diserang cemas. Maklumlah kata doktor kesannya 1-3% menyebabkan komplikasi luka dan terjadi putus maka saya jadi tidak tenteram.  Menjelang 13 Julai 2016 saya membawa diri untuk bertenang. Ketenangan dicari dengan mendekati Allah. Siapa lagi yang wajib kita cari ketika ini kecuali yang Maha Esa. Doktor hanya menjalankan tanggungjawab untuk merawat. Natijah pada kesembuhan hanyalah Allah. Sebagai orang Islam ini wajib menjadi pegangan kita! 13 Julai seawal jam 4 pagi saya telah bangun menunaikan solat ...