Hari ini 6 Syawal.
Saya mendaftar untuk ke wad 5D Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HTCTM). Kemudian saya masuk wad 5D bersama isteri dan puteri sulung Nur Atiqah. Selepas diambil berat badan dan darah saya diminta mengambil katil 17.

Inilah kali kedua saya menjadi penghuni wad 5D. Masyaallah katil 17 bersamaa tarikh lahir 17 April 1958. Kali pertama saya tinggal di sini pada 17 Jun 2015,  30 Syaaban 1436. Semuanya ada angka 17.

Jururawat membuat semakan tahap kesihatan saya. Kemudian saya dibuat ujian jantung (ECG). Kata Jururawat jantung saya baik.

Selang tak lama, sahabat saya Sharif seorang Ketua Pengawal Keselamatan di PPUKM datang menziarahi saya. Ketika waktu lawatan En Saipul, Pengurus di pejabat saya datang melawat bersama isterinya.

Tak lama lepas itu tangan dicucuk jarum oleh doktor. Ia bertujuan untuk memudahkan mengambil darah dan memasukkan tiub air.

Wad lengang. Kata seorang staff di situ ramai pesakit menangguhkan masuk wad kerana masih hari raya.

Sepasukan doktor bersama  pakarnya  bernama Dr Tan datang ke katil dan menerangkan komplikasi pembedahan. Kesan 10-20 kepada beberapa organ serta pendarahan.

Malamnya saya berbuka puasa enam Syawal untuk hari kelima bersama isteri dan Atiqah. Syukur Allah memberi kekuatan.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pembedahan kecil

Ku merasai derita tanpa suara

Wad 5D: Dari katil 17 ke katil 22 di Hospital Canselor Tuanku Muhkriz