Catatan

29 Mac 2015

Hari ini saya meneruskan merawat diri di HUKM. Saya pergi mengambil sempel darah bersama puteri bongsu, Nur Aqilah. Walaupun prosesnya sekejap sahaja tapi saya mengambil cuti dan melepaskan tekanan bersama Aqilah yang juga cuti semester di kolejnya.

Ini dia....

Doktor panel UKM meminta saya membuat pemeriksaan lanjut di hospital pakar setelah memberitahu keputusan ujian darah saya. Kata doktor, buah pinggang saya bermasaalah. Saya telah membuat tempahan masa di Hospital UKM (HUKM). 9 Mac 2015 saya telah ke HUKM untuk membuat ujian darah dan urin. Pada 16 Mac saya membuat pemeriksaan altrasound. Doktor memberitahu buah pinggang saya mempunyai batu karang sebesar 6mm. 17 Mac 2015 saya berjumpa doctor buat kali pertama untuk pemeriksaan lanjut. Oleh kerana buah pinggang saya terdapat batu karang maka beliau meminta membuat tempahan tarikh di klinik surgery. Kata kakitangan di klinik tersebut tempuh tiga minggu baru akan diberitahu bila tarikh yang sepatutnya saya perlu jumpa doctor.
Imej
Setelah mengalami masalah gangguan kesihatan sejak tahun 1999 apabila mata saya didapati oleh doktor bocor. Menggunakan beberapa kaedah trapi saya akhirnya reda dari masalah tersebut dengan izin Allah. Namun apa yang membuatkan saya terganggu selepas menggunakan staroid untuk menghilangkan bengkak mata, badan saya mengalami perubahan. Saya dilihat oleh rakan-rakan sebagai orang yang gemuk. Mereka sering kali mengaitkan keadaan ini dengan pemakanan saya. Tidak dapat dinafikan saya memang mempunyai selera yang tinggi. Namun saya mengawal dengan memakan sayur, buah atau lain-lain serat dengan jumlah yang banyak. Biarpun begitu saya mengalami peningkatan berat badan dari 80kg ke 85kg. Jikalau turun hanya di bulan Ramadan dan puasa enam yang saya amalkan. Mungkin kerana kerjaya saya makan soal makan makanan yang "hebat" sukar dikawal kerana hampir setiap hari saya memperolehi makanan percuma di mana-mana majlis yang saya buat liputan. Saya banyak membaca buku-buku...