Catatan

Usah Lemah Semangat Ketika Sakit

Imej
Saya lebih dikenali sebagai Jurufoto Makan Gaji Kerajaan. Cukup bulan dapat gaji. Boleh baca kisah kerjaya saya di blog  kisahraai.blogspot.com Pada tahun 2000 mata saya menghadapi masalah. Mata sebelah kiri, saya istilahkan sebagai 'buta' sebab tidak mampu melihat kabur dan gelap. Sehingga kini saya melihat dunia yang indah hanya dengan mata kanan. Pada 16 April 2018 hari akhir saya bertugas dan membuat kunjungan hormat ke pejabat Naib Canselor UKM (NC ketika itu), YBhg. Prof. Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Azlan Ghazali. Beliau terkejut apabila saya memberitahu masalah mata saya. Apa tidak terkejut sebab sepanjang bertugas membuat liputan gambar ke mana saja beliau pergi, saya melakukan kerja seperti tiada masalah. Sepanjang saya bertugas di UKM banyak kejayaan saya capai. Paling membawa kenangan tahin 2017 saya diberi Anugerah Bitara Kecemerlangan dan pada tahun 2018 saya disemat Pingat Jaksa Kebaktian (P.J.K) oleh Yang DiPeryuan Besar Negeri Sembilan. Semua kejayaan saya r...

Allah masih menguji saya.......

Kali terakhir saya ke Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM/PPUKM-atau HUKM) ialah pada 7 November untuk bertemu doktor pakar bagi rawatan susulan selepas pembedahan terakhir pada Januari 2017. Terus terang saya ingin katakan kepada pengikut blog ini tahap Buah Pinggang saya berada pada peringkat empat (4). Keputusan ini telah saya perolehi sudah lama bukan pada 7 November. Sebelum ini seorang  doktor berbangsa India juga membuat kiraan saya telah berada pada tahap empat. Inilah kenyataan yang wajib saya terima. Inilah kenyataan yang harus saya beritahu kepada keluarga. Akhirnya hari ini saya ingin memberitahu kepada pembaca yang sering mengikuti blog ini. Saya keciwa? Oh tidak.....saya tidak keciwa dan lemah semangat. Saya masih boleh bangun dan meneruskan kerjaya sebagai Jurufoto di UKM hingga April 2018! Kenapa saya harus keciwa, bukankah penyakit itu pemberian |Allah kepada saya. Allah tidak menghukum saya. Tetapi saya yakin Allah sayangkan saya dan hambanya. Saya bersyuku...

Ujian di bulan Ramadhan 1438

Pada 25 Mei 2017 ketika bertugas di majlis Hari Keselamatan Usus dan Hati anjuran Fakulti Perubatan UKM, saya telah membuat ujian tahap kesihatan hati. Selepas itu doktor memberitahu keputusan bahawa tahap kesihatan hati saya telah menurun. Doktor memberi surat lampiran untuk membuat rawatan lanjut di Hospital Canselor Tuanku Jaafar. 6 Jun 2017 baru saya ada kesempatan membawa surat itu ke Klinik Peruabatan 1 untuk membuat temujanji. Jururawat memberitahu tunggu sehingga doktor pakar memberikan tarikh untuk pertemuan pertama.

Pembedahan kecil

Imej
Syukur Alhamdulillah kerana hari ini saya telah selamat menjalani pembedahan kecil mengeluarkan stand sepanjang 39cm atau 15.2 inci dari dalam saluran kencing ke saluran Buah Pinggang. Prosesnya mudah dan mengambil masa yang pendek. Walaupun pernah dibuat pada Julai 2015 tetapi traumanya tetap ada. Mana tidaknya tiub dimasukkan menerusi saluran kencing yang sempit. Prof Dr Praven mengambil tanggungjawab ini dengan dibantu oleh seorang nurse. Stand yang bahannya dibuat dari getah yang bermutu itu dimasukkan sewaktu pembedahan pada 26 Januari 2017 lepas bertujuan membesarkan saluran kencing dan saluran Buah Pinggang agar sisa-sisa batu karang keluar ketika membuang aur kencing. Syukur proses ini telah berjaya dan trauma saya telah reda.

Teruskan kehidupan lupakan kesakitan dan jagalah kesihatan

Imej
Hari ini saya memulakan tugas seperti biasa setelah bercuti sakit sejak 19 Januari hingga 4 Februari 2017. Syukur Allah memberikan kembali tahap kesihatan yang baik walaupun masih lemah. Saya kena buang kemurungan yang tidak akan membawa faedah. Diri saya memerlukan saya. Keluarga, rakan-rakan dan masyarakat memerlukan saya. Saya akan menamatkan catatan ini untuk setakat ini. Segala catatan akan menjadi memori dan panduan pada masa hadapan. Selain itu lihat juga beberapa catatan di bawah untuk panduan kita. Bersyukur jika tuan sentiasa sihat Saat untuk dibedah Jadilah pesakit yang beriman Jangan anggap tulisan saya untuk meraih simpati. Jadikan panduan bahawa semua diantara kita pasti akan menempuh kesakitan. Paling penting berubat tanpa melupakan Allah. Salam sayang daripada saya.

Kematian

  Malam itu saya tidur nyenyak. Keadaan dalam wad sepi.... Sekitar jam 1 pagi saya bangun untuk ke tandas. Seperti biasa sejak pembedahan tahun lepas keadaan perlepasan urin saya akan menjadi laju atau perlu cepat setiap satu hingga dua jam. Selang satu katil dengan saya terdapat seorang pesakit India berusia lebih 70 tahun. Pagi itu kelihatan nurse sedang menguruskan pesakit itu. Terdengar seorang nurse berkata, nanti bila siap kami panggil. Nurse itu ditujukan kepada anak-anaknya. Saya membiarkan keadaan itu kerana kerja petugas wad tidak perlu diganggu. Jam lima pagi, ketika nurse datang membuat pemeriksaan keadaan saya dia memberitahu pesakit tersebut telah meninggal dunia. Begitulah hidup ini, yang sihat akan sakit, yang sakit akan mati. Terimalah ketentuan ini. Ulasa

Di sini mungkin berakhir

Imej
24 Januari 2017: Saya melangkah masuk ke wad 5D buat kali ketujuh. Resah hati saya buang di koridor wad. Kemesraan petugas wad 5D jelas seperti anak-anak menyambut kepulangan ayah! Saya bergurau dengan petugas di kaunter jangan tempatkan saya di katil nombor ×€. Dia orang ketawa kerana faham maksud saya kerana malam Jumaat lepas ada seorang lelaki india telah meninggal pada jam 1 pagi. Proses biasa dilakukan oleh petugas wad. Saya ditempatkan di katil 18 sebelah tingkap. Menarik pemandangan menghala ke Taman Midah. Doktor memberitahu kuman masih ada namun mereka menunggu pakar kuman untuk redakan keadaan ini. 25 Januari: Jam 8.40 pagi kumpulan doktor pakar yang diketuai oleh Prof Preveen melawat ke katil saya. Saya diberitahu pagi esok akan dimasukkan Antibiotik sebelum pembedahan dilakukan. 26 Januari 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Syukur Allah memberi masa untuk bermunajat hingga jam 3....Jam 2 says sudah mulai berpuasa. Jam 4.30 nurse mem...

Masuk Wad 5D Kali Keenam

Imej
 19 Januari 2017: Saya datang untuk memperolehi keputusan urin. Doktor tahan saya di wad kerana urin saya terdapat kuman. Sehingga malam tiada rawatan dilakukan kecuali mengambil darah. 20 Januari 2017: Sekitar jam 1.30 pesakit di katil 26 berbangsa India telah meninggal dunia. Rupanya malaikat maut bertamu di wad 5D...... Jam 8.45 pagi: Doktor pakar melawat. Mereka belum membuat keputusan kerana keadaan saya dikatakan sukar dibuat keputusan kerana keadaan buah pinggang saya. Jika diberi antibiotik memungkinkan berlaku kerosakkan lebih teruk kepada buah pinggang. Masih menunggu keputusan doktor pakar kuman. Jam 2.00 petang: Ketika pulang dari bersolat Jumaat di Sarau HCTM doktor bahagian kuman memberitahu saya bahawa kuman saya telah menghuni dalam saluran urin sejak bulan Julai 2016. Doktor masih belum membuat keputusan untuk memberi antibiotik.  Jika diberi saya akan menghadapi kesukaran jika sakit di masa lain kerana antibiotik ini kuat. Jam 4.00 petang: Ketika Usta...

Malam pertama

 Apabila lama tidak bertemu rakan lama maka ada waktunya kita menjadi rindu. Biarpun rindu itu tidak sehebat mana namaun ada waktunya teringat saat-saat ketika bersamanya. Saya ramai rakan-rakan lama. Malahan mereka hilang dari kelompok pergaulan saya setelah berpisah jauh kerana kerjaya kerana sibuk dan kerana naik pangkat. Protokol dan etika ada waktunya kita hanya boleh angkat tangan sahaja jika bertemunya. Ada waktunya dia akan menegur saya terlebih dahulu walaupun saya sudah nampak beliau dari jauh. Ada waktunya kita hilang rakan lama kerana pangkat, kerana isterinya orangnya berpangkat. Harta juga menjadi sempadan dalam pergaulan. Namun pada zahirnya dia tetap rakan kita. Bayangkan kita harus hormatnya ketika bertemu dimana-mana majlis yang berprotokol. Kita harus bersikap demikian kerana pangkatnya dan orang sekeliling. Cuba anda bayangkan apabila membuat sms kepada seorang rakan lama yang sama-sama bersekolah, berkawan semasa susah untuk mengucapkan selamat hari raya. ayat ...

Masuk wad 5D kali kelima

Imej
30 November 2016: Jam 8.30 saya daftar masuk wad 5D dan ditempatkan di katil 11. Selepas mengambil sempel darah dan tekanan darah saya telah dilakukan ujian ECG. Kemudian ke bilik XRay untuk membuat scan pada paru-paru. Jam 2.30 doktor membuat pemeriksaan dan memberitahu terdapat jangkitan kuman. Kini saya kena tunggu tindakan susulan doktor pakar. Doktor pakar bersama ahli kumpulannya telah melawat sekitar jam 3 petang. Doktor Tan memberitahu pembedahan ditangguhkan. Mereka hanya akan mengeluarkan stand yang terdapat di dalam saluran Buah Pinggang saya. Selepas itu doktor bius datang bertemu saya. Setelah berbincangan dibuat saya mengambil keputusan untuk bersetuju dilakukan bius sepenuh badan. Saya tak nak bius separuh badan kerana tak sanggup nak tengok proses yang dilakukan doktor. Walaupun katanya mereka akan meletakkan scren untuk menghalang penglihatan saya. Sekitar jam 10.30 malam seorang doktor datang memberitahu saya dilewatkan masuk bilik bedah keran...

Pembedahan ketiga

Imej
30 September 2016: Saya telah bertemu doktor pakar hari ini. Pertemuan kali ini ringkas sahaja. Doktor pakar memberitahu keadaan Batu Karang tinggal satu sahaja lagi. Ini berdasarkan CT Scan yang yang telah dilakukan pada 27 September lalu. Setelah berbincang dengan doktor saya bersetuju untuk dilakukan pembedahan secara masuk skop ke saluran Buah Pinggang. Insyaallah 30 November 2016 saya akan masuk wad, 1 Disember 2016 saya akan masuk bilik bedah. Kedudukan Batu Karang yang terkini. Sebelah kanan.

Gambar Kedudukan Batu Karang

Imej
Sebelum pembedahan pada 18 Jun 2015 Selepas pembedahan pada 18 Jun 2015 Selepas pembedahan pada 13 Julai 2016 Ct Scan pada 27 September 2016

25 Ogos 2016

Imej
Semalam sepatutnya saya dibedah. Oleh kerana ada jangkitan kuman pada air kencing maka doktor pakar menangguhkan sehingga suatu masa yang akan ditetapkan pada 30 September nanti. Hari ini saya pergi semula ke Wad 5D untuk mengambil temujanji untuk membuat CTScan. Disamping itu saya juga membeli gambar CTScan yang telah dibuat sebelum ini. Bila saya lihat semula Masyaallah rupanya Batu Karang saya telah kecil. Mungkin Allah telah memberi mujarab pada ubat yang makan ia itu Ural. Syukur Alhamdulillah. 2015 2016

Allah yang menentukan

Imej
Seawal jam 8 pagi saya telah mendaftar untuk Wad 5D. Di Wad 5D saya diletakkan di katil no 18.  Selepas menukar pakaian pesakit, saya dibawa ke bilik X-Ray. Sekembali ke wad, ujian ECG dilakukan dan jantung saya dalam keadaan baik. Alhamdulillah. Seperti biasa ujian urin, darah akan dilakukan untuk memastikan saya berada dalam mood sihat dan selamat. Katil no. 18 Selepas jam 2 petang doktor di wad memberitahu bahawa urin saya ada jangkitan kuman dan beliau tidak pasti samada doktor pakar mahu meneruskan atau tidak pembedahan esoknya (24 Ogos). Sekitar jam 3 petang kumpulan doktor pakar memberitahu saya hal yang sama. Katanya jika dibuat pembedahan akan mengalami resiko selepas itu. Oleh itu mereka mengambil keputusan menangguhkan pembedahan. Atibiotik akan dibekalkan kepada saya untuk jangka masa dua atau empat hari. Pada masa yang sama doktor bius telah bertemu saya. Beliau memberitahu bahawa giliran saya ialah yang kedua. Oleh kerana pembedahan ditangguhkan maka bora...

Hidup mesti diteruskan

Saya akan memasuki dewan bedah kali ketiga pada 24 Ogos ini. Trauma tetap ada kerana merasai kesakitan yang sukar digambarkan. Namun jika ada ketentuan Allah saya memohon maaf andainya terdapat sebarang kesalahan saya.

Wad 5D: Dari katil 17 ke katil 22 di Hospital Canselor Tuanku Muhkriz

Imej
13 Jul- Jam 10 pagi saya dibawa masuk ke bilik pembedahan. Kali ini saya tenang keranalah kali kedua mengalami suasana begini. Di dalam bilik bedah saya menguasai keadaan sambil mata dapat melihat suasananya. Walaupun pernah melohat bilik bedah sebelum ini namun kali ini saya dibawa masuk kerana hendak dibedah. Melihat kenderaan ini  masuk ke wad itu menandakan saat saya akan dibawa ke bilik bedah Hari ini saya menyambut hari raya kelapan dalam bilik bedah dengan baju bedah. Oleh kerana saya baru habis puasa enam semalam, hari ini saya menyambut raya puasa enam dalam bilik bedah Kali ini ini ketika saya dibedah hanya isteri dan tiga orang puteri diluar bilik bedah. Jika tahun lepas kakak dan abang ipar serta anak saudara menunggu dengan debaran. Jam 1 petang saya  selamat menjalani pembedahan sekitar tiga jam. Perancangan doktor pakar untuk membuat dengan menebuk belakang agar dapat mengeluarkan batu karang yang masih berbaki. Doktor pakar pada awalnya akan mem...